Isnin, 28 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN INTEGRASI TMK



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN INTEGRASI TMK

Mata pelajaran                         : Bahasa Melayu

Kelas                                       : Tahun 5 Cerdas

Tarikh                                      : 18 November 2011

Bilangan Murid                       : 25 orang

Masa                                     : 8.40 pagi – 9.40 pagi

Tunjang                                 : Kekeluargaan

Tajuk                                    : Keluarga Harmoni Hidup Diberkati

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i.                    Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.

ii.                  Membaca dan memahami sajak yang diberi.
iii.                Membina ayat dengan peluasan subjek dan predikat.

Pengetahuan Sedia ada           : Murid mengetahui keluarga masing-masing dan mengetahui asas
                                                   Penggunaan komputer.

Kemahiran Berfikir                 : Murid akan dapat :
i.                    Memberi pendapat
ii.                  Menjana idea
iii.                Berfikiran kreatif
Nilai Murni                            :           i.         Menghargai dan menyayangi orang yang tersayang.                                                                                       ii.        Bertanggung jawab.   

Laman Web Berkaitan           :
i.  http://jomlibur.blogspot.com          

Bahan Bantu Mengajar           : Komputer dan LCD, slaid power point, teks dan brosur

Pendekatan                             : Simulasi, penerangan, perbincangan dan pembentangan









Langkah / Masa



Kandungan

Aktiviti

Catatan/ Elemen Bestari

Set Induksi
( 5 minit )

Mencetus Idea murid dengan memperdengarkan  lagu

1.      Guru akan memperdengar  lagu ayah dan ibu – Nyanyian Sudirman Hj Arshad
2.      Bersoal jawab dengan murid mengenai keluarga mereka.


Perisian power point

Menjana Idea

Memberi pendapat


Pengenalan
( 10 minit )

Membaca teks dengan sebutan dan  intonasi yang betul.

1.      Guru mengedarkan petikan teks kepada setiap murid.
2.      Guru membimbing murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.      Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan teks.
4.      Murid menjawab soalan guru secara lisan.


Teks petikan

Memberi pendapat

Berfikir secara kreatif dan kritis


Aktiviti Kumpulan
(20 minit)

Perbincangan dalam kumpulan dan melayari internet berkaitan tajuk.

1.      Perbincangan dalam kumpulan mengenai percutian bersama keluarga.
2.      Cara-cara merapatkan nilai kekeluargaan ialah bercuti bersama keluarga.
3.      Murid-murid diedarkan brosur cara-cara untuk melayari internet.
4.      Setiap kumpulan dikehendaki mencadangkan satu tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.
5.      Murid akan menyediakan power point ringkas berkaitan tajuk.


Power point

Brosur

Komputer

Internet

Mod tutorial

Mod penerokaan

Laman web

Bekerja sama


Persembahan kumpulan
(15 minit)

Membentangkan power point ringkas ( Gambar dan tempat yang menarik untuk keluarga )


1.      Guru akan member peluang murid member pendapat dan kebebasan murid-murid memilih sesuatu tempat.
2.      Murid juga member pendapat bagaimana tempat ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Bekerjasama

Memberi Pendapat


Power point


Pengukuhan/ Penilaian/ Latihan
(5 minit)


Membuat ayat dari gambar yang di ambil dari internet.

1.      Murid membuat 5  ayat dari gambar yang di ambil dari internet.

Yakin diri

Gambar

Kesimpulan/ Penutup
(5 minit)

Merumus pelajaran pada hari ini.

1.      Murid dan guru bersoal jawab mengenai pelajaran hari ini.
2.      Murid juga member beberapa cara lain untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Yakin diri

Berani memberi pendapat


Langkah-langkah bagaimana pengintergerasian teknologi pengajaran dimasukan dalam penyediaan RPH
Dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu yang diajar di atas guru telah memasukkan dan mengintegrasikan teknologi pengajaran. Murid-murid dapat menggunakan komputer dan peralatan ICT untuk pembelajaran. Murid-murid mengetahu bahawa dunia adalah tanpa sempadan dan boleh membuat perancangan bersama keluarga sebelum pergi bercuti bagi mengeratkan tali silaturahim.
Untuk RPH di atas guru memasukkan dan mengedar cara-cara penyediaan power point yang ringkas dan mudah sahaja dan semua power point berpandukan nota dan penerangan dari guru.selain dari itu murid juga melayari internet dan perlu mengikut alamat yang disediakan di dalam nota yang diedarkan. Semua murid tidak dibenarkan membuka laman web selain dari yang dibekalkan Murid-murid juga dapat menggunakan asas-asas komputer seperti paste,copy dan lain-lain lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan